Sunday 1 May 2011

Fasa-Fasa Kejadian Bayi

Selepas percantuman benih atau persenyawaan (fertilisation) berlaku, bermulalah fasa-fasa kejadian bayi daripada satu tahap ke tahap yang lain. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah Nuh ayat 14 yang bermaksud, “Padahal dia yang menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.”




1)      Embrio
Pada peringkat awal, bayi dikenali sebagai embrio. Selepas benih lelaki dan wanita bercantum, embrio berubah menjadi alaqah, berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian daripada nutfah kami jadikannya alaqah.”

*nutfah bermaksud benih lelaki, tetapi
*nutfah dalam ayat ini bermaksud : benih lelaki yang bercampur dgn benih wanita (nutfah amsyaai).

*alaqah dalam bahasa arab membawa 3 maksud :
1) Segumpal darah
2) Sesuatu yang melekat
3) Lintah

2)      Alaqah
Semasa embrio berumur lebih kurang 2 minggu, ia menyerupai seekor lintah berukuran lebih kurang 0.6mm yang tergantung di rahim ibunya yang dikenali sebagai endometrium. Di dalam kitab al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi, perkataan alaqah ditafsirkan sebagai ‘darah beku’. Tafsiran ini memang ada logiknya kerana keadaan alaqah adalah seperti seketul darah yang beku kerana pada masa itu system darah sudah memenuhi embrio (walaupun darahnya belum mengalir) sehingga menjadikannya seperti seketul darah yang beku.

3)      Mudghah
Selepas embrio menjadi alaqah, ia bertukar menjadi mudghah berdasarkan surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian daripada alaqah kami jadikan mudghah.”

Imam Qartubi dalam al-Jamil li Ahkamil Quran mentafsirkan mudghah sebagai ‘daging yang sedikit yang sebahagian daripadanya telah dikunyah’. Begitu juga rupa bentuk embrio semasa ia berumur lebih kurang 4 minggu. Keadaan ini berpunca daripada sel-sel yang dikenali sebagai somites yang menyerupai tanda-tanda gigitan persis ‘daging yang dikunyah’ yang terdapat di atas embrio. Hal ini dilaporkan oleh Profesor Keith Moore dalam The Journal of Islamic Medical Association (1986), volume 18, bulan Januari hingga Jun, di www.ummah.org.uk.

4)      Mudghah yang sempurna atau tidak sempurna.
Selepas menjadi mudghah, embrio berubah pula kepada bentuk yang lain berdasarkan surah al-Haj ayat 5 yang bermaksud, “Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.”

Perincian ini begitu mengagumkan kerana maklumat ini tidak mungkin dapat diketahui oleh orang biasa apatah lagi lebih daripada 1,427 tahun dahulu. Pakar-pakar ilmu embriologi mengesahkan, terbentuk secara sempurna dan yang bentuk secara tidak sempurna. Mengikut Profesor Keith Moore, dalam ilmu embriologi sel-sel ini diistilahkan sebagai differentiated and undifferentiated tissues.


5)      Embrio ditutupi tulang dan daging.
Selepas itu, embrio ditutupi tulang dan daging, berpandukan surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging.”

Ilmu embriologi mengesahkan kejadian tulang atau cartilage bermula terlebih dahulu sebelum kejadiaan daging atau muscles atau flesh. Ia terjadi daripada sel-sel awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm. Kemudian berlakulah perubahan ke atas embrio sehingga ia berubah bentuk kepada bentuk yang lain berdasarkan surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha Suci Allah, pencipta yang paling baik.”




6)      Janin
Ayat ini bermaksud selepas tulang diselimuti daging, embrio berubah kepada bentuk manusia, berbeza dari rupa bentuk sebelumnya yang menyerupai lintah dan daging yang dimamah. Perubahan ini berlaku semasa embrio memasuki tahap umur 6 minggu (lebih kurang 40 hari) dan pada masa itu embrio mempunyai sel-sel asas bagi membentukkan organ-organ. Pada peringkat ini, embrio tidak lagi dikenali sebgai embrio. Sebaliknya ia berubah menjadi janin atau human foetus.

Boleh layari  www.pregnancy.org. (di bawah tajuk Fetal Development First Trimester.)

7)      Roh ditiupkan dan Pancaindera dikurniakan.
Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan Allah berdasarkan surah as-Sajdah ayat 9 yang bermaksud, “Kemudian dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah dan sedikit sekali kamu bersyukur.”

Af-idah dalam ayat ini mengikut kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa bermaksud akal. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan af-idah bermaksud hati.

Lantas, pada peringkat ini deria khas atau special senses mula terbentuk dan ia bermula dengan kejadian telinga diikuti dengan mata dan akhirnya otak.

Profesor Keith L. Moore, Ph.D., F.I.A.C. dari Department of Anatomy, University of Toronto, Kanada, mengesahkan kebenaran urutan-urutan ini daripada sudut ilmu emriologi seperti mana yang dinyatakan oleh Quran.

Karya asal : Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik).







No comments:

Post a Comment