Monday 14 November 2011

Elak 7 Perkara Selepas Makan

MEROKOK
Jangan merokok selepas makan. Kajian pakar membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan menyamai menghisap sepuluh batang rokok. Justeru, risiko diserang kanser adalah lebih tinggi.


MAKAN BUAH
Jangan makan buah sejurus selepas makan. Ini menyebabkan perut anda kembung. Sebaliknya makanlah satu atau dua jam sebelum atau selepas makan.

MINUM TEH
Jangan minum teh sejurus selepas makan kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang kita makan mengeras, lantas menyukarkan penghadaman.


LONGGARKAN SELUAR
Jangan longgarkan seluar atau tali pinggang anda selepas makan. Tindakan sebegini akan menimbulkan masalah usus.


MANDI BERENDAM
Jangan mandi berendam selepas makan. Mandi berendam akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Ini mengakibatkan jumlah darah sekitar perut berkurangan lalu melemahkan sistem penghadaman.


BERJALAN KAKI
Jangan berjalan kaki sejurus selepas makan biarpun anda pernah mendengar orang berkata bahawa berjalan kaki selepas makan boleh melanjutkan usia anda. Sebenarnya, berjalan kaki sebaik selepas makan akan menyukarkan sistem penghadaman menyerap khasiat daripada makanan yang dimakan. Tunggulah sekurang-kurangnya sejam selepas makan. Kemudian berjalanlah jika anda mahu.


TIDUR
Jangan sekali-kali tidur selepas makan kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan sukar  dihadam dengan sempurna. Tabiat suka tidur selepas makan akhirnya akan menyebabkan masalah usus. Tidur menjadi resah kerana dibuai pelbagai mimpi dan bangun dalam keadaan yang sangat letih.

No comments:

Post a Comment