Thursday 28 April 2011

Hikmah Solat

Solat mengandungi pelbagai hikmah dan faedah, antaranya :-

·         Menggugurkan dosa seseorang

Berhubung dengan itu, Muslim meriwayatkan kata nabi yang bermaksud, “Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar.”

·         Membina jati diri seseorang

Imam Abu al-Aliyah berkata, “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membawa seseorang kepada kepada yang makruf, khusuk akan mencegahnya daripada perbuatan mungkar dan zikrullah dapat membantunya melakukan yang makruf dan mencegahnya daripada mungkar.” Hal ini disebutkan di dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka.

·         Menguatkan jiwa seseorang sehingga memampukannya meninggalkan kekejian dan kemungkaran.

·     Mendidik umat islam menjadi pengurus masa yang baik.

Solat fardu lima yang terikat dengan waktu,mereka yang bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu dengan segaja dianggap sebagai tidak sah dan mendatangkan dosa. Kepekaan pada waktu ini sekiranya diperkembangkan kepada seluruh kehidupanakan menjadikan umat islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang selalu menghargai masa selalunya akan cemerlang.

·        
     Membentuk disiplin.

Sebagai contoh, antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum besolat adalah mengambil wuduk dan wuduk tidak tidak dianggap sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan demikian juga dengan bersolat, tertib wajib dipelihara.

·         Mendidik umat islam mementingkan ilmu.

Hal ini disebabkan semasa melaksanakan solat berjemaah, sebagai contoh, imam yang memimpin solat hendaklah dipilih daripada kalangan mereka yang berilmu. Makmum yang dibelakang imam juga perlu menguasai ilmu kerana kadang-kala imam terlupa sesuatu di dalam solatnya, justeru, bagi membantu imam, islam mengarahkan supaya makmum yag berdiri hamper dengan imam adalah kalangan mereka yang berilmu.

·         Mampu mendamaikan hati.

Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakan. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir. Zikir sekiranya dilakukan dengan kusyuk mampu mendamaikan hati. Di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati.

·         Melatih umat mengenai cara hidup bermasyarakat.

Semasa melakukan solat fardu, umat islam digalakkan melakukan secara beramai-ramai dan ini dinamakan solat berjemaah. Apabila mereka ingin memilih imam bagi memimpin solat, sebagai contoh, mereka sebenarnya sedang dilatih berkenaan bagaimana memilih seorang pemimpin daripada kalangan mereka. Dalam islam, imam tidak boleh dipilih daripada kalangan mereka yang fasik sebagaimana yang diberitahu nabi yang bermaksud, “Tidak boleh seseoarang yang keji dilantik menjadi imam kepada orang mukmin.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Karya asal oleh  : Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik)

No comments:

Post a Comment