Friday 28 June 2013

Happy Birthday :)

hey you !! come here !!

anywy, sori late :( dah keje nie mase kurang nak on9.

ermm btw selamat hari lahir kpd kawan baik aku, syamil hanafi :)
dah tua, sedar2 sikit eh, hahaha

KHAS UNTUKMU SI SWEET

Dengan ucapan semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yg terpuji, pekerti yg mulia, umur yang bermanfaat, rezki yg halal, ilmu yg berguna, jodoh yg membahagiakan, hidup yg dirahmati di dunia & di akhirat, inshaa Allah mudah-mudahan yea




~*~ AMINKAN DOA INI AGAR DIBERI KELAPANGAN ~*~

Bismillahir-Rahmanir-Rahim.

Ya Allah..
Jika hari ini ada kerapuhan dalam jiwa kami.
Maka tegarkanlah.

Jika hari ini ada keputusasaan dalam hati kami.
Maka bangkitkanlah kembali untuk tegar melangkah.

Jika hari ini ada kesulitan dalam urusan kami.
Maka mudahkanlah.

Jika hari ini ada kesedihan pada wajah kami.
Maka gantilah dengan senyuman.

Jika hari ini ada keraguan dalam Qalbu kami.
Maka yakinkanlah kami pada ketetapan-Mu.

Jika hari ini ada kerinduan pada calon pasangan kami.
Maka pertemukanlah kami dengannya Ya Rabb.
Dengan sebaik-baiknya pertemuan yang Engkau redhai.

Sabarkan serta ikhlaskan hati kami.
Kuatkan langkah kami untuk tetap tawakkal dalam setiap ujian-Mu.
Serta bimbinglah kami yang selalu mengharap Redha-Mu Ya Allah.

AAmiin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday 24 June 2013

JEREBU - amaran dari Allah

Assalamualaikum,,

nak post kat FB nanti ade yg kata berpolitik, last2 aku post je kat sini, hehe

Bukan Politik tau !! 

sila baca, hahaa aku tak de ayat yang cantek yang nk dipostkan..



Bismillahirrahmanirrahim.....


Dalam tahun 1990 an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mantan Presiden PAS) dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya. Manusia lupa kepada Allah SWT & menolak segala yg ditentukan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT yg sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada insan beriman yg mahukan peraturan Allah SWT, lalu Allah SWT datangkan jerebu




sebagai satu ingatan supaya rakyat dan pemimpin Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah SWT.


Allah SWT tidak datangkan gempa bumi 




yang menyebabkan rakyat Malaysia mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan kematian. 

Bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah SWT kpd kita, maka bagi mereka yg mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf & menerima segala perintah Allah SWT. 

Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bkn sekadar ditujukan kpd umat Islam, tetapi banyak ditujukan kpd org yang tidak beriman. Banjir di zaman Nabi Nuh, gempa bumi ribut di era Nabi Hud & Nabi Saleh, bumi terbalik di zaman Nabi Luth & Firaun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kpd orang yg engkar langsung terhadap Allah SWT.



Setiap kali bala Allah SWT ia memusnahkan orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa seribu peringatan buat kita.

Justeru wajarlah penghuni dunia ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah SWT.

# Ingatlah KITA Berada di Akhir Zaman, Kiamat semakin Hampir ayuh segera bertaubat sebelum terlambat.

Wednesday 8 May 2013

SENARAI ULAMA' DALAM PARLIMEN MALAYSIA


1.YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang. (Marang)
2.YB Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi. (Temerloh)
3.YB Ustaz Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri. (Kuala Nerus)
4.YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah. (Kubang Kerian)
5.YB Ustaz Nik Abduh TG Nik Aziz. (Pasir Mas)

Semoga suara-suara Islam terus sampai ke Parlimen untuk memastikan segala keputusan dan perancangan, dan perbincangan yang dibuat tidak melanggar Syariat Allah Ta'ala.

Saturday 4 May 2013

Aneh

Selesai sudah makan kenduri, uhh kenyang ~

BUT terbit sesuatu yang aneh.. shhhuuuhhhh pi jauh-jauh, errrmmm

Ya Allah, kenapa Engkau hadirkan perasaan begini? Ampun kan aku Ya Tuhan..

Thursday 18 April 2013

Cinta Halal



Mungkin ini lah yang diharapkan setiap pasangan yang bercinta, Dapat mengenggam cinta itu dengan cara yang betul, Dapat menyintai pasangannya dengan cara yang betul, Dapat bermanja dengan pasangannya dengan cara yang betul, Yang penting dapat menjaga kesuciaan cinta itu dengan betul... ♥ =) 

#suka sangat2 warna nie abah nye# sweet

Kenikmatan Syurga Yang Tiada Bandingan



Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Tuesday 16 April 2013

In Shaa Allah

bila melihat wanita berniqab, terbit rasa CEMBURU..
In Shaa Allah semoga apa yang aku niatkan ini mendapat keredhaan Allah..
awak awak ! nanti saya nak berniqab la, ok tak wak? 
    Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik. Ianya istimewa.

Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Ia juga istimewa.Selagi kedua-duanya menutup  aurat  dan dipakai dengan rasa taqwa,  pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik. Kedua-dua pilihan ini patut dimuliakan sebagai muslimah.

            Mana yang patut dipilih? Pakai niqab atau tidak?

            Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan  merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya.Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.

Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). 

Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini. 

Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh  keutamannya yang tersendiri.  Sama-samalah menghormati sebuah pilihan. Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.

Thursday 7 February 2013

Warkah Cinta


Tajuk : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penyanyi : IM Nazrul & UNIC
Komposer : Bazli (UNIC)
Lirik : Ustaz Ubaidillah Alias



Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat ku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.