Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hydrogen dan helium. Selepas berlalu jutaan tahun (selepas Big Bag), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi.
Bintang-bintang adalah objek-objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. CNN.com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.
Di dalam Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan tentang bintang-bintang. Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, “Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing2) tunduk kepada perintanhya.”
Faedah bintang-bintang kepada manusia
· Menjadi petunjuk jalan terutama bagi para pengembara.
Surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan Dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.”
hasil karya Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik).
hasil karya Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik).
No comments:
Post a Comment