Wednesday, 21 December 2011

Muntah ??

Muntah ????
OMG !!!
bkn muntah sbb tu La, aishh pikir jauh sgt !!
HAHA..

Nope !
nie muntah mungkin sbb salah makan.. xpon mungkin perot masuk angin..
tapi nak kata aku xmkn, xjugak ! makan je pagi tengah hari & petang ! haha HAMEK kau ! 
xpon nie tande2 nak demam ! HaiLa tak nak dah !! 

btw..

aku memg xsuke bab2 muntah nie !
perit k0t tekak !! berpinar jugak mata kepala aku..
.......

Friday, 16 December 2011

Kajian

 ALLAH je mengetahui.. .. 

Assalamualaikum ..... 



* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita 
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. 
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066... 

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke 
bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. 
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... 
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... 
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... 


Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065..... 


* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... 
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan 
semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun 
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. 
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... 
Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066... 

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... 
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan 
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... 
K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... 
Cubalah anda kirakan sendiri... 

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara 
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel 
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak 
kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj 
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh 
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang 
jangan risaula.....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan 
kesejahteraan untuk semua umat Islam.. 

Allahu Akbar

assalamualaikum semua ! post kali nie lebih pada fenomena alam..
ermm aku ingatkn ramai dah tau pasal sungai bawah laut upenye xsemua tau ! beborak dgn kwn2 pasal alam,
borak pye borak tercite la pasal sungai bawah laut nie..
aisshh sekema pulek ayat aku..hehe

aku xreti nak cerite gune taip2 nie, jd aku juz c0py n paste je dr tenet ! 
kalau ade sape2 yg sudi membaca diharap lepas nie dapat pikirkan keajaiban Allah nie..
SubhanAllah Maha Suci Allah !!

Tuesday, 6 December 2011

Terima kasih Ya Allah


alhamdulillah syukur !

Kau dengar doaku Ya Allah
Terime kasih atas nikmatMu ini !!!

xde mende yang nak diterangkan sgt
biar la xperlu kec0h!!!
cukup la
sekadar aku bersyukur pada Allah

Monday, 5 December 2011

Hari Asyura

assalamualaikum, alhamdulillah ade mase sket, 
ermm hari asyura byk fadhilatnya..
puase, mandi, solat sunat n sebagainye !
org yg berkhatan pon dpt fadhilatnye tau, ha mesti xtau kn !
org yg berkhatan pd 10 muharram, kesakitan berkhatan kurang sket !
oke la 2 kn, dh la budk2 lagi !

mandi sunat niat cam mandi sunat yang lain jugk !
"..sahaja aku mandi sunat pd hari asyura kerana Allah Ta'ala..

solat pon same, niat cam biase, 
4rakaat, pada rakaat pertama n kedua lepas al-Fatihah baca lah surah al-Ikhlas 11 kali !

pose byk sgt fadhilat dy, umpama pahala 1000 tahun buat haji ! aku xingt la ape lg tp byk jugak la !

oke la t aku sambung taip ! 

NAK PEGI AMEK RESULT !!!!

Tawakkal tu 'ala Allah...

Friday, 2 December 2011

Teratak Puteri !

alhamdulillah dgn KurniNya berjaye jgk kitorg selesaikan pertandingan memasak ! mcm xcaye pon ade !
hehehe kumpulan aku dpt tempat kedua, xsangka tau ! 

TAHNIAH

and TAHNIAH jugak buat Block A1 yg memegang gelaran Juara ! 
Kluster Jauhari Bolehh !!

hehe byk jugak gambo deme2 nie amek,
nah amek teng0k sendiri



kiri : nadia, kanan : piqah
hebat memasak

Ombak Rindu

assalamualaikum aishhh Ombak Rindu la plak kan ! Miss Wave ! kah kah kah !


adaptasi dr novel uhh ! caya la yong !!!
huhu~ tp nape lisa jd watak jahat ! xsyok la cmnie ! aisshh ap2 pon kte tgok je la nti,
dorg kn pelakon hebat2 mesti leh bawak dgn baik punyeerr ! chaiy0k la ! antara novel best kot..

aduyai nak tengok ! nak tengok ! nak tengok !
cmne nak tengok ! ibu kasi ke aku pegi ! alahai
ermmm btw tunggu je la pendrive si azam, dak kelas aku, dy 2 kaki movie sket ! hehe
jimat kos jimat tenaga !
sape yg untung, aku jugak ! hahaha 

Biar Bet0i Syamimi

errrmm alhamdulillah and Thanx ! tp biar betoi cm xcaye ! uhh soklan sgt hebat yea cik norsyamimiibrahim ! xsia2 perah otak 2 sampai hancur ! :-)

oke la sbb kn ade yg sudi menge'tag' my name, so xsalah kn kalau membalas ! tp sebelum 2 mnx maaf beben0 la yer .. tgok senarai name 2 pon xde la kenai sgt ! lgpon cek nie oghang luaq ! hee

mai cek jawab segala mcm soklan cik mimi  tu :-p


#sekarang nih apa yang paling hampa sayang?
opcoz nyawe n pegangan saye ! xde nyawa xde pegangan matila kot..


#siapa inspirasi korang nak buat blog nih? hehe
xde kot !


#kalau dapat 1 juta, nak buat apa eh?
pegi buat haji gn ibu abah saye..nak kiss hajarul aswad !!


#lagu favourite korang?
Ainul Mardhiah..dgr jgn xdgr ! kompem leh jatoh jantung korg..


#ciri2 future husband / wife? haha
auuuchhh, xde jwpn la plak tp pokok pangkalnye mesti sorg yg mampu menjadi imamku,
membimbingku, berusaha mendalami ilmu Allah expclly Ilmu Akhirat..


#kalau boleyy sekarang nih korang nak buat apa?
tido !! hahaha mcm2 nk buat xcukup ruang nk senaraikan..


#ada berapa orang adik beradik?
6orang ! cadang nk mnx tambah tp xyah la xlarat nk jage, cehh mcm la jage sgt ! hehe


#baca novel tak? antara banyak2 novel korang suka novel apa yea?
uhhh semestinya adabi ! hahaha mesti la suke ! kalau novel islamic byk ! tp
novel cinta i lo0oikee Andai Itu Takdirnye n Ayat2 Cinta, meleleh air mat0 kot..


#kalau boley kembali ke masa lalu, korang nak tak? and nak buat apa?
nak !!! nak kutip duit raye byk2 ! hahaha


#dah habis belajar, nak jadi apa yea? haha
ermm jadi ape yea ? xtau la xde jwpn lagi..
jadi orang-orang pun buleehhh !! :-)


#sapa orang yang paling korang sayang? hehe
senang je soklan nie cam kacang botak !
mesti la ibu saye ! xperlu ulas ape2, korg pon tau sbb ape kn korg syg mak korg !

DONE ! Full Stop !

Tuesday, 29 November 2011

Memasak

eehhheeem3 !!!!!!!!
bkn sakit tekak tapi cume nak kato i'm heppy

hehehe sabtu nie aku join pertandingan memasak ! giLo xgiLo ! aku mati2 ingt aku xdpt masuk sbb dengo kabo dh pen0h ! aleh2 Zen (Ketua Block) serbu bilik aku, katony0 nak aku masuk sekali ! cantek ! oke je ! alhamdulillah la kan dpt msauk ! kah kah kah .. menang xmenang tolak tepi ! asalkan dpt lingkupkan kuali, aku dh puas hati kot urrmm , kih3

time2 tgh nk berbincang strategi negara nie, bole plak Zen ckp dy xjadi masuk ! memg nk kene pal0ng kepala kwn aku sorg nie ! aishhh memg memg ! nasib ade Nadia, Nisa & Aqilah, kalau x ! memey tak la !

so debar jugek nak tunggu sabtu nie ! tup tap tup tap 

menunye :
ayam masak lomak cili api
puding jagung
bandung

CHAIY0K!!

ha berselisih dgn program kerjaya plak kot ! aku nk g program 2 jgk ! kalau bole nk g awal2 leh kutip ape yg bole dikutip ! kalau lambat ! melepas la aku ! puteh mat0 orang kat0 !

aishh xdapek plak den nk borak pepanjang ! bany0k kej0 lg nih ! tata 

Monday, 28 November 2011

Kisah Habil & Qabil

Manusia pertama hidup di dunia adalah Nabi Adam A.S. Beliau telah diturunkan ke dunia ini  bersama pasangannya Siti Hawa setelah mengingkari perintah Allah supaya jangan memakan buah Khuldi di dalam taman syurga, namun atas godaan Iblis, mereka memakannya juga dan tercampaklah mereka serta keturunan manusia ke muka bumi ini. Mereka hidup di dunia dan dikurniakan dua pasangan kembar iaitu Qabil dan Iqlima serta Habil dan Lubuda.
Dikisahkan apabila anak-anak Nabi Adam telah memasuki alam remaja, maka Nabi Adam berfikir cara supaya anak-anaknya tidak terjebak dalam maksiat. Lalu Allah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar mengahwinkan kedua puteranya dengan kedua puterinya. Setelah mendapat ilham dari Allah, maka Nabi Adam menetapkan bahawa Qabil dikahwinkan dengan adik kembar Habil iaitu Lubuda manakala Habil dikahwinkan dengan adik kembar Qabil yakni Iqlima.

Dialog Suami Isteri Di Malam Pertama

Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Sunday, 27 November 2011

Kematian

100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bidadari Syurga Memandikan jenazah Maryam

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.
Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.
Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.
Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Jibril Dicipta

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Jin Ifrit & Ayat Kursi

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati. Ikuti kisahnya.
Pada suatu hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana, dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang. Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.


Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan.
Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu, “Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman 
dahulu lagi dan ia pernah diceritakan 
bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada 
pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu 
pemerintahan baginda.