Thursday 28 April 2011

Black Holes dan Kejadian Bintang-bintang

 Bintang-bintang tercipta daripada gumpalan asap tebal seperti yang Allah sebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yangg bermaksud, “Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.’ Keduanya menjawab, ‘kami datang dengan tunduk’.”

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hydrogen dan helium. Selepas berlalu jutaan tahun (selepas Big Bag), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi.

Bintang-bintang adalah objek-objek  besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. CNN.com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.

Di dalam Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan tentang bintang-bintang. Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, “Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing2) tunduk kepada perintanhya.”

Faedah bintang-bintang kepada manusia
·        Menjadi petunjuk jalan terutama bagi para pengembara.

Surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan Dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.”


hasil karya Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik).

Hikmah Solat

Solat mengandungi pelbagai hikmah dan faedah, antaranya :-

·         Menggugurkan dosa seseorang

Berhubung dengan itu, Muslim meriwayatkan kata nabi yang bermaksud, “Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar.”

·         Membina jati diri seseorang

Imam Abu al-Aliyah berkata, “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membawa seseorang kepada kepada yang makruf, khusuk akan mencegahnya daripada perbuatan mungkar dan zikrullah dapat membantunya melakukan yang makruf dan mencegahnya daripada mungkar.” Hal ini disebutkan di dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka.

·         Menguatkan jiwa seseorang sehingga memampukannya meninggalkan kekejian dan kemungkaran.

·     Mendidik umat islam menjadi pengurus masa yang baik.

Solat fardu lima yang terikat dengan waktu,mereka yang bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu dengan segaja dianggap sebagai tidak sah dan mendatangkan dosa. Kepekaan pada waktu ini sekiranya diperkembangkan kepada seluruh kehidupanakan menjadikan umat islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang selalu menghargai masa selalunya akan cemerlang.

·        
     Membentuk disiplin.

Sebagai contoh, antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum besolat adalah mengambil wuduk dan wuduk tidak tidak dianggap sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan demikian juga dengan bersolat, tertib wajib dipelihara.

·         Mendidik umat islam mementingkan ilmu.

Hal ini disebabkan semasa melaksanakan solat berjemaah, sebagai contoh, imam yang memimpin solat hendaklah dipilih daripada kalangan mereka yang berilmu. Makmum yang dibelakang imam juga perlu menguasai ilmu kerana kadang-kala imam terlupa sesuatu di dalam solatnya, justeru, bagi membantu imam, islam mengarahkan supaya makmum yag berdiri hamper dengan imam adalah kalangan mereka yang berilmu.

·         Mampu mendamaikan hati.

Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakan. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir. Zikir sekiranya dilakukan dengan kusyuk mampu mendamaikan hati. Di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati.

·         Melatih umat mengenai cara hidup bermasyarakat.

Semasa melakukan solat fardu, umat islam digalakkan melakukan secara beramai-ramai dan ini dinamakan solat berjemaah. Apabila mereka ingin memilih imam bagi memimpin solat, sebagai contoh, mereka sebenarnya sedang dilatih berkenaan bagaimana memilih seorang pemimpin daripada kalangan mereka. Dalam islam, imam tidak boleh dipilih daripada kalangan mereka yang fasik sebagaimana yang diberitahu nabi yang bermaksud, “Tidak boleh seseoarang yang keji dilantik menjadi imam kepada orang mukmin.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Karya asal oleh  : Dr.Danial Zainal Abidin (Quran Saintifik)